i
Yang dicari-cari sudah lama,
hingga saat ini pun belum jumpa-jumpa.
Entah mengapapun aku nak cari?
ii
Aku bingung, sebab bila aku terlalu mencari-cari,
sampai aku lupa Tuhan,
sampai aku lupa untuk rasa berdosa,
sampai aku berputus asa,
sampai aku lupa tentang Tuhan itu ada,
tidak pula aku insaf,
sebab satu masa nanti, aku mengulanginya,
sebab aku belum jumpa apa yang aku cari.
iii
aku tidak berharap untuk menjumpai apa yang aku cari pun,
aku hanya minta dijauhkan dari dosa,
aku sudah tidak sanggup mengulangi dosa-dosa lalu,
sebab aku terlalu mencari-cari.
iv
aku tidak boleh menyalahkan apa yg sudah berlaku,
aku tidak boleh menyesal dengan keadaan,
tp aku juga keliru,
kalau aku yang bersalah,
maka bukankah aku patut menyesal?
v
aku keliru,
tentang aku yg terperangkap,
atau aku yang memerangkap diri sendiri.
p/s : Ya Allah, aku memohon belas kasihanMu, sesungguhnya, engkaulah yang maha mengasihani.
Friday, May 25, 2012
Tuesday, May 22, 2012
Fahamkan
i
Takut untuk fahamkan orang,
Orang boleh salah faham,
ii
Nak memahamkan orang pun sangat tidak reti,
tentang mane hendak mula,
tentang mane perlu difahamkan.
iii
Fahamlah sendiri-sendiri.
p/s : Untuk ape mahu rase tidak adil, sebab Tuhan maha adil.
Takut untuk fahamkan orang,
Orang boleh salah faham,
ii
Nak memahamkan orang pun sangat tidak reti,
tentang mane hendak mula,
tentang mane perlu difahamkan.
iii
Fahamlah sendiri-sendiri.
p/s : Untuk ape mahu rase tidak adil, sebab Tuhan maha adil.
Saturday, May 19, 2012
Komitmen
Paling takut untuk diberi kepada orang yg paling diragui untuk diberikan.
Ia tidak boleh hadir sehala,
sebab lama-lama ia boleh lenyap.
ia perlu sentiasa dua hala,
baru ia kekal lama.
Ia tidak boleh hadir sehala,
sebab lama-lama ia boleh lenyap.
ia perlu sentiasa dua hala,
baru ia kekal lama.
Subscribe to:
Comments (Atom)
