Thursday, November 29, 2012

Setahun itu sekejap, sejam itu lama

Masa itu emas dan tidak pernah menunggu.
Tidak boleh pun ditukarkan menjadi emas, tp emas mampu diperoleh dalam satu tempoh masa.

Kalau sejam diisi dengan kekosongan, akan menjadi lama yang entah bila akan berakhir.
Sebaliknya, kalau setahun penuh dan sarat dengan pengisian yang bermakna,
5 tahun pun masih terasa sekejap. Seperti 5 tahun di sekolah.
4 tahun pun terasa sekejap, seperti 4 tahun sudah aku di universiti.
21 tahun pun terasa sekejap, seperti 21 tahun aku telah bernyawa.

Dalam tempoh-tempoh tersebut,
ada masa dirasa terlalu lama, ada masa dirasa terlalu sekejap.
ada masa mahu masa yang dirasa lama disingkatkan, dan masa yang dirasa sekejap mahu dipanjangkan.
Ada juga masa yang diberi cukup2, alhamdulillah. Contoh, masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan UPSR, PMR, SPM. Sy rasa cukup, tak perlu lebih.

Lama atau sekejap masa, tempoh yang diperuntukkan bukanlah untuk disia-siakan.
Mungkin ada waktu lalu telah disia-siakan namun tidak bermaksud tidak boleh dimanfaat sebab kita masih lagi boleh mempelajari sesuatu dari masa lalu.

Sekian.

-MuiZ