Monday, January 21, 2013

Awan Penenang

Hati yang tidak tenang,
resah.
Kalau awan menjadi penenang,
satu kota diliputi awan tenangkan aku seorang.

-MuiZ

Monday, January 14, 2013

88 hari lagi

i
Hari ini masuk minggu ke 16 latihan industri.
Pada tarikh 14/1/2013, baki hari yang tinggal untuk menamatkan latihan industri adalah 88 hari.
Sungguh lama, sungguh tiada tertahan

ii
Pantaslah wahai masa, 
bergeraklah pada kelajuan kilat 
ataupun kalau nak perlahan, biarlah pada halaju angin ribut tropika Sunamo.

p/s : 18.1.2013 jumaat, dijadualkan ke UTP untuk berjimba dan 23.1.2013, hari Rabu , malamnya itu insyaAllah akan berangkat pulang ke Pasir Mas, tanah lahir. 

-MuiZ

Monday, January 7, 2013

10 Tahun

Sekejap. Kali pertama menjejak masuk Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (SMSTMFP) adalah 7 Januari 2004. Hari ini masuklah tahun ke sepuluh.

*Of this date, I started to see all the faces, and I never knew that till today I'm still praying for all the faces to stay here , remain in mind for forever.

-MuiZ