Thursday, May 24, 2012


i
Yang dicari-cari sudah lama,
hingga saat ini pun belum jumpa-jumpa.
Entah mengapapun aku nak cari?

ii
Aku bingung, sebab bila aku terlalu mencari-cari,
sampai aku lupa Tuhan,
sampai aku lupa untuk rasa berdosa,
sampai aku berputus asa,
sampai aku lupa tentang Tuhan itu ada,
tidak pula aku insaf,
sebab satu masa nanti, aku mengulanginya,
sebab aku belum jumpa apa yang aku cari.

iii
aku tidak berharap untuk menjumpai apa yang aku cari pun,
aku hanya minta dijauhkan dari dosa,
aku sudah tidak sanggup mengulangi dosa-dosa lalu,
sebab aku terlalu mencari-cari.

iv
aku tidak boleh menyalahkan apa yg sudah berlaku,
aku tidak boleh menyesal dengan keadaan,
tp aku juga keliru,
kalau aku yang bersalah,
maka bukankah aku patut menyesal?

v
aku keliru,
tentang aku yg terperangkap,
atau aku yang memerangkap diri sendiri.

p/s : Ya Allah, aku memohon belas kasihanMu, sesungguhnya, engkaulah yang maha mengasihani. 



Posted by Ditulis oleh Imran Muiz ketika 11:52 AM
Categories:

0 komen Links to this post  

Monday, May 21, 2012


i
Takut untuk fahamkan orang,
Orang boleh salah faham,


ii
Nak memahamkan orang pun sangat tidak reti,
tentang mane hendak mula,
tentang mane perlu difahamkan.


iii
Fahamlah sendiri-sendiri.

p/s : Untuk ape mahu rase tidak adil, sebab Tuhan maha adil.

Posted by Ditulis oleh Imran Muiz ketika 10:36 AM
Categories:

0 komen Links to this post  

Friday, May 18, 2012


Paling takut untuk diberi kepada orang yg paling diragui untuk diberikan.
Ia tidak boleh hadir sehala,
sebab lama-lama ia boleh lenyap.

ia perlu sentiasa dua hala,
baru ia kekal lama.

Posted by Ditulis oleh Imran Muiz ketika 12:42 PM
Categories:

0 komen Links to this post  

Tuesday, May 1, 2012


i

Perlu faham, ni minggu study week. Minggu yang sgt memenatkan kerana banyak melibatkan penggunaan otak pada skala maksimum. Letih penangan aktiviti berfikir jauh lebih letih daripada aktiviti yang melibatkan pergerakan otot-otot seperti yg terdapat pada bahagian betis, peha, lengan dan lain-lain. Maha letihnya, semalam, selepas solat isyak sejurus azan dilaungkan, aku baring terus terlelap tidur di atas katil. Kemudian, tepat jam 10.30 malam, satu pesanan ringkas dari Aidil dengan notis pemberitahuan waktu bertolak utk ke Ipoh Parade Mall utk menonton movie terbaru The Avengers. Tanpa mandi pun, terus tukar baju dan rutin biasa melengkapkan rasa 'bersih' dengan semburan pewangi. Tamat The Avengers dan sesi menonton perlawanan MU dan City (MU kalah, liputan perlawanan yg meluas - x perlu untuk diulas di sini, kan?), yang sekerat-sekerat, hinggalah tamat perlawanan barulah kembali ke bilik dengan niat untuk tidur . Entah malang atau nasib baik, x boleh tidur pun. 

ii
Tepat 7.30 pagi sudah bersiap untuk ke Air Terjun Batu Berangkai untuk menikmati kesejukan air. Sebab ini minggu penat, aktiviti refleksologi seperti ini membantu untuk mengurangkan tekanan dan memberikan ketenangan. Ye lah, engkau terkurung dalam bilik, bukan setiap masa engkau belajar pun. No? Jam 3 petang sampai bilik semula - membawa kepada tidur petang.

iii
Tidur petang ini, boleh menambah tensi. Bila bangkit dari tidur, selalu ada perkara meresahkan yg tak difikir pun jadi terfikir.Hadir dengan pakej lengkap rasa sebak. Ni memang simptom-simptom normal untuk yg tidur petang kan? any scientific proof?
Sedar-sedar, hari sudah hampir gelap. 

p/s : Dalam sedar, tidur dan angan, engkau ada selalu sebagai harapan.
And I certainly can't understand.

Posted by Ditulis oleh Imran Muiz ketika 5:27 AM
Categories:

0 komen Links to this post  

Friday, April 27, 2012


i

Minggu lepaskah aku mendaftarkan kursus-kursus pengajian Petroleum Geosains untuk tahun tiga semester pertama? TAKLAH! 4 bulan lepas, ya 4 months ago. Untuk pengetahuan semua, sesi pembelajaran untuk 5 kursus yang telah aku daftarkan sem ni sudahpun tamat dengan rasminya. Tinggal lagi, peperiksaan akhir semester bermula 6 Mei 2012 sehingga 9 Mei 2012.

ii
Pagi tadi adalah sesi ujian dan kuiz terakhir untuk kursus Volume Interpretation & Visualization. Sekarang, bermulalah satu tempoh yang dikenali sebagai 'study week'. Tempoh ini 'sepatutnya' digunapakai untuk menelaah segala bahan pengajian yang ada untuk tujuan persiapan melangkah ke satu tempoh lagi yakni 'exam week'. Tapi, memang sikap manusia, suka melakukan perkara yang sering bertentangan dengan perkara yang sepatutnya, sebab masa lapang dalam tempoh 'study week' ni boleh digunapakai untuk tujuan bercuti, melayan permainan video interaktif, menonton segala siri-siri drama televisyen & filem-filem terbaru dan sebagainya, sebab tempoh ini tidak akan diganggu lagi oleh panggilan pensyarah yang mahu mengajar di dalam kelas yang suka mengugut pelajarnya agar dibuang dari menduduki peperiksaan akhir semester sekiranya tidak memenuhi syarat kehadiran 90% . Mungkin sebab inilah ramai pelajar yang menangguhkan tempoh bercutinya, tempoh bermain permainan video interaktif dan lain ke tempoh 'study week'. Jadi, mungkin selepas ini pensyarah sudah tidak perlu meletakkan syarat kehadiran 90% dan juga tidak perlu mengugut mahu buang dari senarai calon peperiksaan akhir semester. Kan?

iii
Disiplin dan kesabaran tahap maksima boleh membantu untuk terus fokus belajar dan mengingati semua yang dipelajari. (selagi mana menahan juga perbuatan onani, kan?). Apa-apapun, selamat berjaya untuk semua yang bakal menduduki 'final exam'. Biar menang jangan tewas. 

Posted by Ditulis oleh Imran Muiz ketika 1:21 AM
Categories:

0 komen Links to this post  

Monday, April 16, 2012




p/s : Even in the crowd, i'm so lonely,I was immersed in your remembrance all the time.

Posted by Ditulis oleh Imran Muiz ketika 11:47 AM
Categories:

0 komen Links to this post  

Thursday, April 12, 2012


i
Pada getar suara,
Hanya satu kata diluah,
Nak diterjemahnya,
Punya seribu makna.


ii
Suara ini tidak selalu bergetar,
kalaupun,
getarnya tiada sebegini,
tika hati sangat rapuh.


p/s : Hidup ini bagaikan layang2, bila angin membadai, ia terus terbang mencecah awan, namun bila talinya terputus, ia hanyut dibawa angin, menyerah kepada takdir, terdampar dibadai ombak rindu. . .

Posted by Ditulis oleh Imran Muiz ketika 9:50 AM
Categories:

0 komen Links to this post  

Monday, April 9, 2012


i
Satu masa,
engkau percaya mulanya ada laluan lurus,
walau banyak cabangnya,
satu jalannya engkau pasti.


ii
Satu masa,
pada tengah laluan yang engkau pilih,
engkau boleh keliru pada apa yang hendak engkau percaya,
berundur atau maju.


iii
Satu masa,
engkau sudah tidak tahu hendak percaya apa lagi,
engkau boleh hilang,
engkau boleh sesat.

p/s : Percaya pada Tuhan yang esa, nescaya engkau tidak akan keliru, engkau tidak akan sesat, engkau tidak akan hilang, jalanNya adalah jalan yg lurus.

Posted by Ditulis oleh Imran Muiz ketika 9:36 AM
Categories:

0 komen Links to this post  

Wednesday, April 4, 2012


i
Kota hati,
sarat ia dengan rasa, cita dan harapan, 
banyak kali kota ini jatuh dan bangun,
jatuhnya sementara,
bangunnya pun tidak kekal lama.


ii
Kota hati, 
penghuninya sering bermigrasi,
yang diharap biarlah lama menghuni,
yang hati tidak rela jauhlah pergi,
jangan datang lagi.


iii
Kota hati,
dari jatuh bangunnya,
sentiasa punya pengajaran berguna,
kesal jangan sekali,
kerana ia punya hikmat yang harus disyukuri.


iv
Kota hati,
biarlah umpama kota Mekah,
ia kota suci.

p/s : hadirkanlah hati suci, hunikanlah ia dengan apa yang dicita.

Posted by Ditulis oleh Imran Muiz ketika 10:28 AM
Categories:

0 komen Links to this post  

Wednesday, March 28, 2012


i
Setiap khabar semalam,
angin duka yang datang bermalam,
bertiup pada jiwa lara,
melayangkan emosi sang penakut.

ii
Pergilah khabar semalam,
angin laju luar jendela bawalah ia jauh,

iii
bila dihembus dari helaan nafas yang perit,
aku rayu melayanglah semua pergi,
ikutlah angin laju,
jangan hinggap lagi pada hati yang tidak rela.

Muiz Abidin
28 March 2012
v5C L4.1.2

p/s : pada tiap hirisan hadirnya luka, pada luka hadirnya parut, kekal.

Posted by Ditulis oleh Imran Muiz ketika 3:02 AM
Categories:

0 komen Links to this post  

Tuesday, March 27, 2012


i
I act like I don't care.

ii
When there is the moment of truth,
Whatever happens, please don't think any differently of me.

iii
This place has been boring without you
It was always good to see u again

p/s : seribu kali ku cuba ucapkan, bila bersamamu.

Posted by Ditulis oleh Imran Muiz ketika 2:17 AM
Categories:

0 komen Links to this post  

Tuesday, March 20, 2012


i
Raja bongkak
Raja sombong
Raja hina
Raja yang tidak mulia

ii
Hati bongkak
Hati sombong
Hati hina
Hati yang bukan mulia

iii
Hina dan mulia bukan pada taraf, pangkat hatta kedudukan.
Ia pada hati suci kudus.

iv
Mata manusia pun selalu salah menilai,
salah membeza antara hina dan mulia,
sebab Tuhan maha bijaksana, maha adil,
ada hari perhitungan, hari pembalasan.

Posted by Ditulis oleh Imran Muiz ketika 8:22 AM
Categories:

0 komen Links to this post  

Monday, March 19, 2012


Saya percaya peluang bukan cuma datang sekali. Ia boleh hadir banyak kali.
Sebab itu hadir istilah menebus kesilapan.
Percayalah,manusia selalu sahaja mensia-siakan sesuatu peluang. Sebab itu hadir istilah penyesalan.
Penyesalan itu satu kesakitan dan kita tahu setiap kesakitan mesti ada ubat. Kita bisa mengubatinya dengan tidak mensia-siakan peluang yang hadir kemudiannya.
Dan maka itu, saya juga meletakkan kepercayaan bahawa setiap peluang, janganlah dipersia-siakan.

Posted by Ditulis oleh Imran Muiz ketika 9:01 AM
Categories:

0 komen Links to this post  

Wednesday, March 14, 2012


some things are better left unspoken.

p/s : stop worrying over how hopeless things may seem, sebab Tuhan sentiasa ade mendengar doa kita.

Posted by Ditulis oleh Imran Muiz ketika 12:41 PM
Categories:

0 komen Links to this post  

Tuesday, March 13, 2012


Kalau dihitung,seumur hidup kita, sudah berape peluang yg kita dah ade, kita dah gune dan kite dah bazirkan? Sebab dari sesuatu peluang yang ada dan kita gune, ia boleh mendatangkan faedah, ia juga boleh menjadi satu pembaziran. Peluang ini hadir dalam pelbagai bentuk, paling mudah, dalam bentuk masa.
Engkau ingin kenal satu contoh peluang? Saat ini, sekarang ini, peluang masa yang engkau ada diguna untuk membaca entri ini. Soal manfaat atau pembaziran, ia terpulang kepada bagaimana engkau guna peluang ini. Fikir.

p/s : jangan bazirkan setiap peluang yang ada.

Posted by Ditulis oleh Imran Muiz ketika 10:57 PM
Categories:

0 komen Links to this post  

Monday, March 12, 2012


Ia punya sel-sel yang bernafas seperti kita untuk tumbuh dan hidup tapi sehelai pun tidak tahu berkata. Ajaibnya, hijau daun bisa bekal oksigen untuk manusia. Adakah sebab daun tidak tahu berkata-kata, kita tidak tahu mengucapkan terima kasih kepadanya? Apatah lagi kepada penciptanya, Allah yang maha esa.

Ucaplah alhamdulillah.

p/s : Daun-daun pada luar tingkap kamar ini sudah jadi saksi.

Posted by Ditulis oleh Imran Muiz ketika 10:21 PM
Categories:

0 komen Links to this post  

Doa

Sunday, March 11, 2012


Cube kite fikir, andaikata 'DOA' tu satu perkara yg x wujud,then, bile kite susah, buntu, agak2nya ape kita akan buat??? . . so, besar x nikmat 'DOA' utk kita???

Posted by Ditulis oleh Imran Muiz ketika 3:52 PM
Categories:

0 komen Links to this post  

Kalau 'rahsia' tu satu perkara yg x wujud, agensi penyiasatan terkemuka dunia CIA mungkin x wujud atau perkara yg pling dekat dgn kita ykni utk log in facebook mungkin x memerlukan password. Rahsia.

Posted by Ditulis oleh Imran Muiz ketika 3:50 PM
Categories:

0 komen Links to this post  

Saturday, September 4, 2010


The past is just the past, people will accept us for who we are today, because we've changed into a better person, n if someone still bragging about our past, then that person is the one that was left behind the history of the new beginning.

Posted by Ditulis oleh Imran Muiz ketika 6:59 AM
Categories:

0 komen Links to this post  

 
>