Wednesday, December 26, 2012

Option

Soal pilihan, adalah soal mencari yang terbaik (sekiranya dalam situasi mempunyai pilihan).

Saya hanya ingin menggunakan satu peribahasa sahaja untuk menggambarkan tentang keadaan kita membuat pilihan atau option.

"Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit sakit dahulu, bersenang-senang kemudian".

i
Dalam peribahasa ini, kita selalu terfikir, tentang kita memilih untuk bersusah payah dahulu bersenang kemudian, atau option keduanya adalah bersenang dahulu, sakitlah kemudian hari.

ii
Bila membuat pilihan, jangan terlupa, bahawa kita sebenarnya masih ada satu lagi pilihan , bersenang-senang dahulu dan kemudiannya. Boleh sahaja kan?

iii
Kenapa  nak bersusah kalau boleh bersenang dahulu dan kemudiannya?
all da best UTPian yang menjalani fasa final exam! =)

Ketawa & be happy.

-MuiZ

Wednesday, December 12, 2012

Wordless Wednesday

May happiness remain in us all.
p/s: Happy 12.12.12

-MuiZ

Thursday, November 29, 2012

Setahun itu sekejap, sejam itu lama

Masa itu emas dan tidak pernah menunggu.
Tidak boleh pun ditukarkan menjadi emas, tp emas mampu diperoleh dalam satu tempoh masa.

Kalau sejam diisi dengan kekosongan, akan menjadi lama yang entah bila akan berakhir.
Sebaliknya, kalau setahun penuh dan sarat dengan pengisian yang bermakna,
5 tahun pun masih terasa sekejap. Seperti 5 tahun di sekolah.
4 tahun pun terasa sekejap, seperti 4 tahun sudah aku di universiti.
21 tahun pun terasa sekejap, seperti 21 tahun aku telah bernyawa.

Dalam tempoh-tempoh tersebut,
ada masa dirasa terlalu lama, ada masa dirasa terlalu sekejap.
ada masa mahu masa yang dirasa lama disingkatkan, dan masa yang dirasa sekejap mahu dipanjangkan.
Ada juga masa yang diberi cukup2, alhamdulillah. Contoh, masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan UPSR, PMR, SPM. Sy rasa cukup, tak perlu lebih.

Lama atau sekejap masa, tempoh yang diperuntukkan bukanlah untuk disia-siakan.
Mungkin ada waktu lalu telah disia-siakan namun tidak bermaksud tidak boleh dimanfaat sebab kita masih lagi boleh mempelajari sesuatu dari masa lalu.

Sekian.

-MuiZ

Wednesday, June 6, 2012

Tiada


tidak ada, tidaklah cari, tiada jumpanya
tidak buta, tidaklah kelam, tiada cahayanya
tidak pekak, tidaklah sunyi, tiada suaranya.
kosong.


Friday, May 25, 2012

Cari-cari

i
Yang dicari-cari sudah lama,
hingga saat ini pun belum jumpa-jumpa.
Entah mengapapun aku nak cari?

ii
Aku bingung, sebab bila aku terlalu mencari-cari,
sampai aku lupa Tuhan,
sampai aku lupa untuk rasa berdosa,
sampai aku berputus asa,
sampai aku lupa tentang Tuhan itu ada,
tidak pula aku insaf,
sebab satu masa nanti, aku mengulanginya,
sebab aku belum jumpa apa yang aku cari.

iii
aku tidak berharap untuk menjumpai apa yang aku cari pun,
aku hanya minta dijauhkan dari dosa,
aku sudah tidak sanggup mengulangi dosa-dosa lalu,
sebab aku terlalu mencari-cari.

iv
aku tidak boleh menyalahkan apa yg sudah berlaku,
aku tidak boleh menyesal dengan keadaan,
tp aku juga keliru,
kalau aku yang bersalah,
maka bukankah aku patut menyesal?

v
aku keliru,
tentang aku yg terperangkap,
atau aku yang memerangkap diri sendiri.

p/s : Ya Allah, aku memohon belas kasihanMu, sesungguhnya, engkaulah yang maha mengasihani. 



Tuesday, May 22, 2012

Fahamkan

i
Takut untuk fahamkan orang,
Orang boleh salah faham,


ii
Nak memahamkan orang pun sangat tidak reti,
tentang mane hendak mula,
tentang mane perlu difahamkan.


iii
Fahamlah sendiri-sendiri.

p/s : Untuk ape mahu rase tidak adil, sebab Tuhan maha adil.

Saturday, May 19, 2012

Komitmen

Paling takut untuk diberi kepada orang yg paling diragui untuk diberikan.
Ia tidak boleh hadir sehala,
sebab lama-lama ia boleh lenyap.

ia perlu sentiasa dua hala,
baru ia kekal lama.

Tuesday, April 17, 2012

Something Is Happening



p/s : Even in the crowd, i'm so lonely,I was immersed in your remembrance all the time.

Friday, April 13, 2012

Getar Suara

i
Pada getar suara,
Hanya satu kata diluah,
Nak diterjemahnya,
Punya seribu makna.


ii
Suara ini tidak selalu bergetar,
kalaupun,
getarnya tiada sebegini,
tika hati sangat rapuh.


p/s : Hidup ini bagaikan layang2, bila angin membadai, ia terus terbang mencecah awan, namun bila talinya terputus, ia hanyut dibawa angin, menyerah kepada takdir, terdampar dibadai ombak rindu. . .

Tuesday, April 10, 2012

Percaya

i
Satu masa,
engkau percaya mulanya ada laluan lurus,
walau banyak cabangnya,
satu jalannya engkau pasti.


ii
Satu masa,
pada tengah laluan yang engkau pilih,
engkau boleh keliru pada apa yang hendak engkau percaya,
berundur atau maju.


iii
Satu masa,
engkau sudah tidak tahu hendak percaya apa lagi,
engkau boleh hilang,
engkau boleh sesat.

p/s : Percaya pada Tuhan yang esa, nescaya engkau tidak akan keliru, engkau tidak akan sesat, engkau tidak akan hilang, jalanNya adalah jalan yg lurus.

Thursday, April 5, 2012

Kota Hati

i
Kota hati,
sarat ia dengan rasa, cita dan harapan, 
banyak kali kota ini jatuh dan bangun,
jatuhnya sementara,
bangunnya pun tidak kekal lama.


ii
Kota hati, 
penghuninya sering bermigrasi,
yang diharap biarlah lama menghuni,
yang hati tidak rela jauhlah pergi,
jangan datang lagi.


iii
Kota hati,
dari jatuh bangunnya,
sentiasa punya pengajaran berguna,
kesal jangan sekali,
kerana ia punya hikmat yang harus disyukuri.


iv
Kota hati,
biarlah umpama kota Mekah,
ia kota suci.

p/s : hadirkanlah hati suci, hunikanlah ia dengan apa yang dicita.

Wednesday, March 28, 2012

Angin Laju

i
Setiap khabar semalam,
angin duka yang datang bermalam,
bertiup pada jiwa lara,
melayangkan emosi sang penakut.

ii
Pergilah khabar semalam,
angin laju luar jendela bawalah ia jauh,

iii
bila dihembus dari helaan nafas yang perit,
aku rayu melayanglah semua pergi,
ikutlah angin laju,
jangan hinggap lagi pada hati yang tidak rela.

Muiz Abidin
28 March 2012
v5C L4.1.2

p/s : pada tiap hirisan hadirnya luka, pada luka hadirnya parut, kekal.

Tuesday, March 27, 2012

The Moment of Truth for Penakut

i
I act like I don't care.

ii
When there is the moment of truth,
Whatever happens, please don't think any differently of me.

iii
This place has been boring without you
It was always good to see u again

p/s : seribu kali ku cuba ucapkan, bila bersamamu.

Tuesday, March 20, 2012

Merlin S1 E3

i
Raja bongkak
Raja sombong
Raja hina
Raja yang tidak mulia

ii
Hati bongkak
Hati sombong
Hati hina
Hati yang bukan mulia

iii
Hina dan mulia bukan pada taraf, pangkat hatta kedudukan.
Ia pada hati suci kudus.

iv
Mata manusia pun selalu salah menilai,
salah membeza antara hina dan mulia,
sebab Tuhan maha bijaksana, maha adil,
ada hari perhitungan, hari pembalasan.

Peluang II

Saya percaya peluang bukan cuma datang sekali. Ia boleh hadir banyak kali.
Sebab itu hadir istilah menebus kesilapan.
Percayalah,manusia selalu sahaja mensia-siakan sesuatu peluang. Sebab itu hadir istilah penyesalan.
Penyesalan itu satu kesakitan dan kita tahu setiap kesakitan mesti ada ubat. Kita bisa mengubatinya dengan tidak mensia-siakan peluang yang hadir kemudiannya.
Dan maka itu, saya juga meletakkan kepercayaan bahawa setiap peluang, janganlah dipersia-siakan.

Wednesday, March 14, 2012

Peluang

Kalau dihitung,seumur hidup kita, sudah berape peluang yg kita dah ade, kita dah gune dan kite dah bazirkan? Sebab dari sesuatu peluang yang ada dan kita gune, ia boleh mendatangkan faedah, ia juga boleh menjadi satu pembaziran. Peluang ini hadir dalam pelbagai bentuk, paling mudah, dalam bentuk masa.
Engkau ingin kenal satu contoh peluang? Saat ini, sekarang ini, peluang masa yang engkau ada diguna untuk membaca entri ini. Soal manfaat atau pembaziran, ia terpulang kepada bagaimana engkau guna peluang ini. Fikir.

p/s : jangan bazirkan setiap peluang yang ada.

Tuesday, March 13, 2012

Daun

Ia punya sel-sel yang bernafas seperti kita untuk tumbuh dan hidup tapi sehelai pun tidak tahu berkata. Ajaibnya, hijau daun bisa bekal oksigen untuk manusia. Adakah sebab daun tidak tahu berkata-kata, kita tidak tahu mengucapkan terima kasih kepadanya? Apatah lagi kepada penciptanya, Allah yang maha esa.
Ucaplah alhamdulillah.

p/s : Daun-daun pada luar tingkap kamar ini sudah jadi saksi.