Tuesday, March 20, 2012

Peluang II

Saya percaya peluang bukan cuma datang sekali. Ia boleh hadir banyak kali.
Sebab itu hadir istilah menebus kesilapan.
Percayalah,manusia selalu sahaja mensia-siakan sesuatu peluang. Sebab itu hadir istilah penyesalan.
Penyesalan itu satu kesakitan dan kita tahu setiap kesakitan mesti ada ubat. Kita bisa mengubatinya dengan tidak mensia-siakan peluang yang hadir kemudiannya.
Dan maka itu, saya juga meletakkan kepercayaan bahawa setiap peluang, janganlah dipersia-siakan.

No comments:

Post a Comment