Wednesday, March 28, 2012

Angin Laju

i
Setiap khabar semalam,
angin duka yang datang bermalam,
bertiup pada jiwa lara,
melayangkan emosi sang penakut.

ii
Pergilah khabar semalam,
angin laju luar jendela bawalah ia jauh,

iii
bila dihembus dari helaan nafas yang perit,
aku rayu melayanglah semua pergi,
ikutlah angin laju,
jangan hinggap lagi pada hati yang tidak rela.

Muiz Abidin
28 March 2012
v5C L4.1.2

p/s : pada tiap hirisan hadirnya luka, pada luka hadirnya parut, kekal.

Tuesday, March 27, 2012

The Moment of Truth for Penakut

i
I act like I don't care.

ii
When there is the moment of truth,
Whatever happens, please don't think any differently of me.

iii
This place has been boring without you
It was always good to see u again

p/s : seribu kali ku cuba ucapkan, bila bersamamu.

Tuesday, March 20, 2012

Merlin S1 E3

i
Raja bongkak
Raja sombong
Raja hina
Raja yang tidak mulia

ii
Hati bongkak
Hati sombong
Hati hina
Hati yang bukan mulia

iii
Hina dan mulia bukan pada taraf, pangkat hatta kedudukan.
Ia pada hati suci kudus.

iv
Mata manusia pun selalu salah menilai,
salah membeza antara hina dan mulia,
sebab Tuhan maha bijaksana, maha adil,
ada hari perhitungan, hari pembalasan.

Peluang II

Saya percaya peluang bukan cuma datang sekali. Ia boleh hadir banyak kali.
Sebab itu hadir istilah menebus kesilapan.
Percayalah,manusia selalu sahaja mensia-siakan sesuatu peluang. Sebab itu hadir istilah penyesalan.
Penyesalan itu satu kesakitan dan kita tahu setiap kesakitan mesti ada ubat. Kita bisa mengubatinya dengan tidak mensia-siakan peluang yang hadir kemudiannya.
Dan maka itu, saya juga meletakkan kepercayaan bahawa setiap peluang, janganlah dipersia-siakan.

Wednesday, March 14, 2012

Peluang

Kalau dihitung,seumur hidup kita, sudah berape peluang yg kita dah ade, kita dah gune dan kite dah bazirkan? Sebab dari sesuatu peluang yang ada dan kita gune, ia boleh mendatangkan faedah, ia juga boleh menjadi satu pembaziran. Peluang ini hadir dalam pelbagai bentuk, paling mudah, dalam bentuk masa.
Engkau ingin kenal satu contoh peluang? Saat ini, sekarang ini, peluang masa yang engkau ada diguna untuk membaca entri ini. Soal manfaat atau pembaziran, ia terpulang kepada bagaimana engkau guna peluang ini. Fikir.

p/s : jangan bazirkan setiap peluang yang ada.

Tuesday, March 13, 2012

Daun

Ia punya sel-sel yang bernafas seperti kita untuk tumbuh dan hidup tapi sehelai pun tidak tahu berkata. Ajaibnya, hijau daun bisa bekal oksigen untuk manusia. Adakah sebab daun tidak tahu berkata-kata, kita tidak tahu mengucapkan terima kasih kepadanya? Apatah lagi kepada penciptanya, Allah yang maha esa.
Ucaplah alhamdulillah.

p/s : Daun-daun pada luar tingkap kamar ini sudah jadi saksi.